Chin Tong, Rafizi dianggap 'otak' di sebalik kejayaan Pakatan


The Malaysian Insight

WALAUPUN gagal mendapat sebarang kerusi, pemimpin Pakatan Harapan (PH), Liew Chin Tong dan Rafizi Ramli, dianggap sebagai individu bertanggungjawab di sebalik kemenangan mengejut pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Malaysia.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam strategi PH mengalahkan Barisan Nasional (BN), yang memerintah tanpa gangguan selama lebih 50 tahun.

Walaupun gagal mengawal kerusi Ayer Hitam, Chin Tong sekian lama dianggap sebagai “otak” di belakang pendekatan politik DAP.

Parti itu berjaya memenangi 42 daripada 47 kerusi Parlimen yang mereka tandingi dalam PRU14 ini.

Liew diberikan sambutan wira di dewan utama Hotel Sheraton Hotel, Petaling Jaya awal pagi ini, di mana semua pemimpin dan ahli Parlimen PH berkumpul.

“Beliau adalah ‘brain’ sebenarnya di belakang kejayaan ini. Beliau bekorban untuk kemenangan yang lain,” kata Ronnie Liu daripada DAP yang memenangi kerusi Sungai Pelek.

Naib presiden PKR dan pakar strategi Rafizi Ramli, yang tidak bertanding untuk pilihan raya di kawasannya Pandan, menghadapi hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan pada Februari kerana mendedahkan butiran rahsia bank dalam skandal rasuah NFCorp.

Beliau turut disambut sebagai pahlawan oleh rakan-rakannya di Hotel Sheraton.

Selain Kelantan dan Terengganu yang jatuh ke PAS, ramalan Rafizi mengenai kejatuhan BN dan negeri-negeri tertentu ke tangan PH juga menjadi kenyataan.

“Saya yakin kalau kita ada masa yang lebih sikit kita berjaya membawa gelombang ini ke kedua-dua negeri itu.

“Kita belum sempat menjadi parti nombor dua selepas BN. Apabila pengundi menolak BN, mereka memilih PAS,” kata Rafizi. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen