PAKATAN Harapan Perak hari ini mengumumkan ia mempunyai hak untuk membentuk kerajaan negeri walaupun tidak menang majoriti mudah.
PH memerlukan majoriti mudah 30 kerusi daripada 59 kerusi negeri. Tetapi, keputusan rasmi menunjukkan PH menang hanya 29 kerusi, Barisan Nasional (27) dan PAS (3).
Pengerusi PH negeri Ahmad Faizal Azumu mendesak BN memastikan peralihan kuasa yang lancar secepat mungkin pada sidang media jam 3.30 pagi tadi.
Tentang kemungkinan BN membentuk kerjasama dengan PAS, Faizal mengatakan beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai perkara yang masih belum berlaku. – 10 Mei, 2018.
Komen