Pakatan pegang 3 negeri lagi termasuk Melaka


The Malaysian Insight

SELEPAS Johor, satu lagi negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) - Melaka jatuh ke tangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

PKR menang 15 kerusi DUN dan BN pula hanya meraih 10 kerusi. PAS dan Bebas pula tidak menang di mana-mana kerusi.

Setakat pada jam 2.18 pagi, lima negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka telah berada dalam genggaman PH, seperti yang diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen