Susulan pengumuman Pakatan menang, penyokong berkumpul di Hotel Sheraton


The Malaysian Insight

RAKYAT Malaysia berkumpul di luar Hotel Sheraton di Petaling Jaya bagi mendengar pengumuman kejayaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebelum ini, calon Perdana Menteri PH Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pakatan itu sudah menang 112 kerusi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya enggan mengesahkan keputusan itu.

Susulan pengumuman itu, penyokong PH mula berkumpul sekitar hotel itu.

Mereka datang memakai baju PH dan mengibarkan bendera PKR. Mereka juga menaiki motosikal secara berkumpulan meraikan berita baik itu.

Mereka yang ditemui mengatakan mereka bersedia melakukan bantahan jalanan sekiranya SPR enggan mengesahkan kemenangan PH.

Kehadiran ramai penyokong itu memaksa pengurusan hotel mengunci pintu bagi menghalang penyokong memasuki kawasan hotel. – 9 Mei, 2018.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen