Abang Jo kecewa, salahkan isu nasional


The Malaysian Insight

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengakui kecewa dengan prestasi Barisan Nasional (BN) negeri dalam pilihan raya kali ini dan menyalahkan “isu nasional” sebagai punca.

BN Sarawak kalah 10 daripada 31 kerusi yang ditandingi - gagal menewaskan PH di enam kerusi yang disandang gabungan pembangkang itu dan kalah empat lagi kerusi, tiga kepada PKR dan satu kepada DAP.

BN Sarawak juga kehilangan dua kerusi kepada calon bebas dalam kubu kuat Dayak pedalaman mereka.

Gabungan pembangkang itu menyandang 25 kerusi sebelum pembubaran Parlimen.

“Saya kecewa. Saya menjangkakan keputusan lebih baik,“katanya kepada pemberita.

Pemimpin BN negeri sepatutnya mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin negara di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya tetapi keputusan pilihan raya membantutkan rancangan tersebut.

“Sidang akhbar sepatutnya diadakan (dengan pemimpin BN kebangsaan) di KL.”

Abang Johari bagaimanapun berkata keputusan tersebut harus diterima kerana “ini adalah demokrasi, sama ada anda menang atau kalah.”

“Tetapi kita masih menang 19 (kerusi),” katanya. – 10 Mei, 2018.




 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen