SELEPAS hampir 7 jam media berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lewat malam semalam, seorang pegawai media Umno memberitahu satu sidang media akan diadakan jam 11 pagi ini.
Tanpa menamakan siapa akan membuat sidang media, Mohd Nasri Zakariah berkata ia akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn.
“Esok (Hari ini) jam 11 pagi akan ada sidang media di Dewan Tun Hussein Onn. Media dijemput hadir,” katanya kepada media yang masih menunggu di perkarangan Menara Dato’ Onn,” katanya kepada media.
Ia dipercayai mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang didakwa memihak kepada Pakatan Harapan (PH). – 10 Mei, 2018.
Komen