PAS kembali berkuasa di Terengganu


The Malaysian Insight

SETAKAT jam 1.15 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja mengumumkan beberapa keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antaranya adalah, PAS mengekalkan kerusinya di Kelantan dan kembali berkuasa di Terengganu.

Parti Islam itu menang 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berbanding BN dan PKR iaitu masing-masing 8 dan 0. 

Manakala, Barisan Nasional terus berkuasa di Pahang dan Perlis, dan Pakatan Harapan mengekalkan pentadbiran di Pulau Pinang. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen