13 pelajar maut asrama sekolah terbakar di China


SERAMAI 13 pelajar terkorban manakala seorang lagi cedera selepas sebuah asrama di daerah Fangcheng, Bandar Nanyang, wilayah Henan, China terbakar pada Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan Sabtu.

Jabatan Bomba menerima panggilan kecemasan pada 11 malam waktu tempatan berhubung kebakaran di asrama lelaki Sekolah Yingcai di Kampung Yanshanpu, Bandar Dushu.

Pasukan penyelamat dikerah ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan pada 11.38 malam.

Asrama itu menempatkan 30 pelajar ketika kejadian berlaku. Seramai 16 lagi pelajar berjaya dipindahkan.

Pelajar yang cedera kini menerima rawatan di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Siasatan mengenai kejadian telah dimulakan oleh pihak berkuasa tempatan. – Bernama, 20 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen