Menteri Barisan Nasional Khairy Jamaluddin malam ini berkata rakyat Malaysia sudah bersuara dan suara rakyat adalah keramat.
Menteri Belia dan Sukan sementara itu adalah pemimpin kanan BN yang kedua secara rasmi membuat kenyataan yang membayangkan gabungan pemerintah itu kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat.
“Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara,” tulisnya di Twitter pada pukul 12.20, awal pagi ini.
Kenyataan Khairy itu menyusul kenyataan yang dibuat Menteri Kewangan Kedua sementara, Johari Ghani, dalam menerima kekalahan di kerusi Parlimen Titiwangsa.
Johari kalah kepada calon PKR, Rina Mohd Harun yang juga ketua sayap wanita Bersatu. – 9 Mei, 2018.
Komen