PRESIDEN Gerakan dan menteri sementara Mah Siew Keong tewas dengan beza 11,179 undi di Teluk Intan.
Mengikut keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua DAP Perak Nga Kor Ming memperoleh 29,170 undi, Mah (17,991) dan calon PAS Dr Ahmad Ramadzan (6,494).
Persaingan antara Mah dan Nga sebelum ini dikatakan satu persaingan sengit.
Ini kerana Mah memenangi kerusi itu untuk Barisan Nasional pada pilihan raya kecil 2014 dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi.
Kerusi Teluk Intan kali pertama dimenangi Mah pada 1999, mempertahankannya pada 2004 tetapi tewas di tangan DAP pada 2008 dengan beza 1,470 undi dan 2013 dengan beza 7,313 undi.
Sementara itu, mengikut keputusan rasmi, Umno mengekalkan tiga kerusi DUN di Perak iaitu Pasir Salak, Bagan Datuk dan Parit. – 9 Mei, 2018.
Komen