Semua pemimpin kanan Amanah menang


The Malaysian Insight

KESEMUA pemimpin kanan Amanah akan masuk ke Dewan Rakyat apabila menang di kerusi masing-masing kecuali Husam Musa yang tewas di Kota Bharu.

Sehingga kini Amanah menang 10 dari 27 kerusi Parlimem yang ditansinginya di Semenanjung.

Presiden Amanah menang besar di Kota Raja manakala timbalannya Salahudin Ayub menang besar di Pulai, Johor.

Dua naib presiden Amanah Mujahid Yusof berjaya mempertahankan kerusi Parit Buntar manakala Hasanudin Yunos menang di Hulu Langat.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir menang di Temerloh manakala Pengarah Komunikasi Khalid Samad menang di Shah Alam.

Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad menang di Kuala Selangor manakala pengerusi undang-undang Hanipa Maiden menang di Sepang.

Seorang lagi naib presiden Mahfuz Omar belum tahu menang atau tidak di Pokok Sena kerana pengumuman belum dibuat. – 9 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen