SPRM nafi siasat ketua setiausaha negara


Dakwaan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali disiasat SPRM melibatkan pelbagai isu ditularkan seorang pengguna media sosial di platform X. – Gambar Facebook, 18 Januari, 2024.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan di media sosial bahawa siasatan telah dijalankan ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata maklumat yang tular di media sosial berkaitan perkara itu adalah palsu dan boleh merosakkan nama Zuki.

“Kita tidak siasat KSN, itu semua bohong belaka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dakwaan Zuki disiasat SPRM melibatkan pelbagai isu ditularkan seorang pengguna media sosial di platform X menerusi hantaran yang antara lain menyebut perkara itu telah disahkan oleh sumber dalaman Pejabat KSN. – Bernama, 18 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen