PAS bentuk kerajaan Kelantan buat penggal ke-7


The Malaysian Insight

PAS membentuk kerajaan di Kelantan buat penggal ketujuh, sekaligus menepis dakwaan bahawa negeri itu tumbang ke tangan Barisan Nasional (BN).

Parti Islam itu menang 25 kerusi daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, walaupun menyaksikan ahlinya keluar beramai-ramai menyertai Pakatan Harapan (PH).

Majoriti PAS berkurangan tujuh kerusi berbanding Pilihan Raya Umum 2013 yang menyaksikan parti tersebut menang 32 daripada 45 kerusi DUN.

PAS pertama kali memenangi negeri itu pada 1990 dengan bantuan parti serpihan Umno, Semangat 46. – 9 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen