PAKATAN Harapan (PH) sudah menang 112 kerusi Parlimen secara tidak rasmi untuk membentuk kerajaan, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Calon perdana menteri PH itu berkata, berdasarkan kiraan mereka, 112 kerusi Parlimen sudah diperolehi PH dan Barisan Nasional (BN) sudah tertinggal jauh.
“Kita perlukan 112, tetapi nampaknya sudah lebih daripada itu dan angka mereka jauh lebih rendah daripada itu,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Dr Mahathir juga berkata, enam negeri berjaya dimenangi PH termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah dan berjaya mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang.
Dr Mahathir berkata, Shafie Apdal juga sudah berjaya melawan Sabah tetapi keputusannya tidak diumumkan.
“Di Sabah saya diberitahu perkara sama berlaku. Terdapat blackout.”
Dr Mahathir turut menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana lambat mengumumkan keputusan PRU14 kerana tahu PH sudah menang. – 9 Mei, 2018.
Komen