SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) enggan menandatangani borang untuk mengiktiraf Pakatan Harapan (PH) sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Dr Mahathir Mohamad.
Calon perdana menteri PH itu berkata, Barisan Nasional (BN) melambat-lambatkan pengumuman keputusan PRU14 kerana mereka takut kalah.
“Terdapat percubaan untuk menafikan kehendak rakyat,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Dr Mahathir berkata, PH sudah menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen.
“Mungkin lebih,” katanya.
Dr Mahathir berkata, Pengerusi BN Najib Razak berkemungkinan sedang berbincang dengan “orang-orang berkuasa” untuk membincangkan keputusan pilihan raya.
“Saya dengar ada mesyuarat, tetapi saya tidak tahu antara siapa dengan siapa,” katanya. – 9 Mei, 2018.
Komen