Ada yang tak kena dengan SPR


The Malaysian Insight

ADA sesuatu yang tidak kena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Walaupun keputusan tidak rasmi membanjiri di media sosial dan di portal berita, suasana di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengeluarkan keputusan penuh rasmi sangat perlahan. 

Sehingga jam 11 malam, SPR hanya mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi terakhir pada jam 3 petang, iaitu sebanyak 69% daripada 14,940,624 pengundi yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14). 

Malah tiada seorang pun pegawai SPR di bilik media di ibu pejabat SPR. Yang hanya adalah wartawan yang bertugas dan beberapa orang Rela. 

Sidang media yang dirancang pada 9 malam juga tiada sebarang maklumat terkini.  

Kira-kira tiga jam selepas tamat waktu mengundi, agensi tersebut hanya mengeluarkan keputusan dari 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak. 

Pada jam 11.27 malam, hanya 41 kerusi daripada 505 kerusi DUN yang dipaparkan di skrin keputusan rasmi PRU14. Manakala kerusi Parlimen pula hanya memaparkan 43 kerusi daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi. 

Bagaimanapun, negeri-negeri seperti Perlis, Terengganu, Selangor dan Melaka keputusan akhir bagi kerusi Parlimen.  – 9 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen