NAIB Pengerusi PKR Perak Chang Lih Kang memenangi kerusi Tanjung Malim di selatan Perak, kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 10 rancangan Felda.
Setakat 9.54 malam, Chang mendahului Ketua MCA Perak dan exco sementara Dr Mah Hang Soon dengan 5,898 undi.
Kerusi yang sebelum ini disandang oleh Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan adalah satu daripada kerusi yang diyakini berjaya dikekalkan oleh parti komponen BN itu.
PKR meraih 23,839 undi, BN (17,941) dan PAS (9,700). Mengikut keputusan tidak rasmi, 990 adalah undi rosak.
Chang, Adun dua penggal dan aktivis hak asasi manusia, telah berkhidmat sejak 2016.
Satu ceramah yang dihadiri oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Pengerusi Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail di salah sebuah rancangan Felda pada Mac lalu, telah berjaya menarik 1,000 hadirin.
“Ceramah kelompok” anjuran PH semasa tempoh berkempen termasuk di rancangan-rancangan Felda, menyaksikan kehadiran yang cukup ramai.
Janji-jani timbalan perdana menteri sementara Ahmad Zahid Hamidi berjanji untuk melantik Dr Mah sebagai menteri Kabinet, menyelesaikan masalah berlarutan yang dihadapi masyarakat Cina dan membawa masuk pelaburan Jepun ke Sungkai gagal meraih perhatian pengundi di sana.
Tanjung Malin mempunyai 68,468 jumlah pengundi, di mana 55.6% terdiri daripada Melayu, Cina (25.6%), India (13%) dan Orang Asli (5.3%).
Hampir separuh daripada pengundi Melayu adalah peneroka Felda. – 9 Mei, 2018.
Komen