Amaran hujan berterusan tahap waspada di 4 negeri


BEBERAPA kawasan di Pahang dan Johor dijangka mengalami hujan berterusan bermula esok hingga 20 Januari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Cuaca sama turut diramalkan berlaku hari ini hingga esok di Sabah melibatkan beberapa kawasan di  Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia. – Bernama, 16 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen