LEBIH 30 wartawan dalam dan luar negara sedang menanti kedatangan Perdana Menteri sementara Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Turut kelihatan puluhan penyokong Barisan Nasional (BN) memenuhi perkarangan namun keadaan agak suram.
Setakat ini tiada pimpinan BN kelihatan. Hanya Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dilihat meninggal perkarangan PWTC sekitar 9.40pm tadi.
Najib dijangka membuat sidang media di PWTC seperti mana pilihan raya umum sebelum ini. – 9 Mei, 2018.
Komen