Pakatan bentuk kerajaan di Negeri Sembilan


The Malaysian Insight

PAKATAN Harapan (PH) mengumumkan telah menang cukup kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengambil alih Negeri Sembilan.

Dalam satu sidang akhbar, PH mengumumkan bahawa daripada 36 kerusi DUN, ia telah memenangi lebih daripada 19 kerusi, cukup untuk membentuk sebuah kerajaan negeri dengan majoriti mudah.  

Negeri Sembilan ialah negeri baharu pertama yang diumumkan PH telah dimenanginya, selepas mengumumkan berjaya mengekalkan Pulau Pinang. – 9 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen