GELOMBANG sokongan yang wujud di seluruh negara membawa Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan ke puncak kuasa dan jangkaan awal mendapati andaian ini ada benarnya.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Melaka dan Johor jatuh ke pembangkang dan mereka juga berjaya menembus kubu kuat deposit tetap Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
Sumber dalaman memberitahu Malaysia Decides yang keputusan awal mengejutkan Pengerusi BN Najib Razak walaupun beliau masih yakin BN akan menang majoriti daripada 222 kerusi Parlimen. Tetapi, beliau sudah tidak yakin yang BN akan menang 125 kerusi.
Hisommuddin Bakar daripada Ilham Centre juga menjangkakan yang gelombang bandar besar ketika tempoh berkempen akan berpindah ke pendalaman Malaysia dan menenggelamkan ahli politik BN.
Gelombang itu ternyata cukup ganas sehingga beberapa menteri BN seperti Presiden MIC S Subramaniam, Liow Tiong Lai (MCA), Nur Jazlan Mohamed, Chua Tee Yong dan Razali Ibrahim tumpas.
Situasi dijangka bertambah sukar apabila Mah Siew Kong (Gerakan) juga dijangka tewas di Teluk Intan.
Ketika ini, PH mengejutkan pelbagai pihak termasuklah penyokongnya yang paling setia. Beberapa hari lalu, Lim Guan Eng (DAP) mengatakan PH boleh menang sebanyak 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia. – 9 Mei, 2018.
Komen