SEORANG demi seorang menteri Barisan Nasional (BN) dilaporkan tewas dalam PRU14 di seluruh negara dengan sekurang-kurangnya lima daripadanya hilang kerusi Parlimen masing-masing.
Setakat jam 9 malam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamad, Menteri Perladangan dan Komoditi Mah Siew Keong, Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan S Subramaniam dan Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong.
Mereka tewas di Pulai (Nur Jazlan), Teluk Intan (Mah), Bentong (Liow), Segamat (Subramaniam) dan Labis (Chua). – 9 Mei, 2018.
Komen