SEMUA tanda-tanda kini menunjukkan banyak kerusi parlimen yang sebelum ini dipegang Barisan Nasioanl (BN) jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).
Presiden MIC yang juga menteri kesihatan sementara S. Subramaniam dan timbalan menteri kewangan sementara Chua Tee Yong - masing-masing penyandang kerusi Segamat dan Labis - mencatat kejatuhan terawal.
Keputusan tidak rasmi pada 8.40 malam ini juga menunjukkan BN hilang kerusi Ledang dan Sekijang.
Penganalisis telah meramalkan BN bakal hilang sehingga 16 kerusi parlimen. Dalam pilihan raya lepas, Pakatan Rakyat menang lima daripada 26 kerusi parlimen.
BN hilang kerusi Pagoh sebaik sahaja Muhyiddin Yassin menyertai PH.
PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Bersatu dan Amanah telah melancarkan kempen untuk mengambil alih Johor yang selama ini menjadi kubu kuat BN. – 9 Mei, 2018.
Komen