Pengundi bantah tak dapat mengundi, LSF dipanggil


The Malaysian Insight

HAMPIR 70 orang pengundi di SRK Taman Dato’ Harun (1) yang beratur di luar pusat pengundian dihalang membuang undi mereka selepas jam 5 petang menyebabkan mereka berkumpul untuk melakukan bantahan.

Seorang pengguna media sosial, Peter Sze berkata pasukan Light Strike Force (LSF) sudah dipanggil ke lokasi kerana pengundi enggan meninggalkan kawasan.

Aze yang menjadi ejen pusat pengundian dan pengiraan undi (Poca) selama lima tahun menyifatkan situasi itu antara yang menarik pernah berlaku sepanjang dia menjadi sukarelawan pilihan raya.

“Barisan panjang dan ada yang tunggu 1-2 jam untuk undi.

“Di pusat pengundian saya ada 60-70 pengundi yang masih beratur pada jam 5 petang dan SPR menghalang mereka.

“Bantahan wujud sehingga sekarang ada pertikaian dengan pengundi yang enggan meninggalkan kawasan dan LSF sudah dipanggil,” katanya menerusi akaun Facebook.

Katanya, terdapat juga pengundi yang berkumpul di luar kawasan sekolah.

“Kami tak boleh mulakan pengiraan dan sekarang terperangkap dalam pusat (pengundian),” katanya. – 9 Mei, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen