Kabinet Thailand lulus Akta Udara Bersih


Pencemaran udara di Thailand, terutamanya di bandar raya seperti Bangkok dan Chiang Mai menjadi masalah berulang dengan tahap pencemaran melebihi had selamat pada beberapa hari tertentu. – Gambar EPA, 9 Januari, 2024.

KABINET Thailand memutuskan untuk meluluskan Akta Udara Bersih (Clean Air Act) dalam usaha mengatasi isu pencemaran udara.

Perdana Menteri Srettha Thavisin mengisytiharkan isu kehadiran zarah-zarah halus PM2.5 sebagai agenda nasional dan menekankan udara bersih merupakan hak asasi bagi rakyat.

Pencemaran udara di Thailand, terutamanya di bandar raya seperti Bangkok dan Chiang Mai menjadi masalah berulang dengan tahap pencemaran melebihi had selamat pada beberapa hari tertentu.

Masalah itu sering disebabkan oleh gabungan beberapa faktor, termasuk pembakaran terbuka dan pelepasan industri.

Akta itu akan dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Kerajaan Thailand mahu melaksanakan langkah segera, sederhana dan jangka panjang bagi  meningkatkan kualiti udara dan memastikan persekitaran yang sihat untuk kebajikan rakyat.

Sehubungan itu, Srettha dijadualkan melawat Chiang Mai bagi melihat perkembangan usaha  menangani isu pencemaran udara. 

Beliau juga dijadual akan menyaksikan kerja-kerja pembenihan hujan yang bertujuan untuk mengurangkan masalah jerebu. – Bernama, 9 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen