PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah menegaskan waktu mengundi tidak akan dilanjutkan meskipun terdapat pengundi yang tidak berpeluang membuang undi berikutan menunggu giliran yang panjang.
Beliau berkata waktu mengundi tidak akan berubah sepertimana yang ditetapkan sebelum ini iaitu jam 8 pagi sehingga 5 petang.
“Tak boleh (dipanjangkan). Sehingga pukul 5 petang saja sebab kita dah warta.
“Di kawasan lain ada juga begitu, menyedihkan lagi di kawasan-kawasan yang hujan lebat.
“Jadi memang tak dapat (mengundi),” katanya kepada Malaysia Decides di ibu pejabat SPR, Putrajaya hari ini.
Terdahulu hari ini, Hashim memberitahu pihaknya menjangkakan 85% daripada kira-kira 14.9 juta pengundi akan membuang undi pada pilihan raya umum kali ini.
Katanya, trend pengundi yang keluar mengundi secara serentak menyebabkan ramai pengundi terpaksa beratur beberapa jam menunggu giliran. – 9 Mei, 2018.
Komen