UNDANG-UNDANG yang tidak membenarkan senarai pengundi berdaftar yang cacat dicabar membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu, kata calon PKR bagi Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.
Bekas pengerusi Bersih 2.0 itu berkata ia adalah sesuatu yang malang perkara seperti itu masih berlaku.
“Kami sudah membangkitkan kebimbangan mengenai senarai pemilih. Undang-undang tidak membenarkan kami mencabar daftar pemilih. Ia perlu diubah kerana ia tidak adil,” katanya kepada Malaysia Decides hari ini.
Terdahulu, Bersih 2.0 berkata ia mengesahkan terdapat laporan yang lebih 500 Borang 11 dikeluarkan di kawasan pilihan raya Wangsa Maju oleh SPR.
Borang itu melibatkan pengesahan identiti dalam kes pengundi yang meragukan.
“Borang-borang ini dikeluarkan sebagai tindak balas kepada pengundi hantu, pengundi yang tinggal di luar kawasan tetapi dipindahkan tanpa pengetahuan mereka, dan pengundi yang dibayar dengan suatu jumlah untuk menukar alamat mengundi mereka,” kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.
Maria berkata perkara itu akan mencetuskan kemarahan sesetengah pengundi.
“Anda membiarkan kesilapan dalam senarai pengundi, tetapi anda tidak mahu membetulkannya.
“Ia menipu. Ini bermaksud SPR mahu menipu.”
Terdahulu hari ini, Maria menimbulkan kebimbangan barisan yang panjang di pusat mengundi SMK Tropicana.
Beliau bimbang pengundi tidak akan mempunyai masa mencukupi membuang undi sebelum jam 5 petang.
Pada 3 petang, barisan itu sudah bersurai dan hanya kira-kira 100 orang dilihat menunggu untuk mengundi. – 9 Mei, 2018.
Komen