Dr Mahathir yakin lebih 80% keluar mengundi


The Malaysian Insight

BERBAKI kurang sejam sebelum pengundian ditutup, Dr Mahathir Mohamed yakin jumlah pengundi di seluruh negara akan mencapai lebih 80%.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata di beberapa tempat sudah mencapai 80%.

“Jadi pada masa ini purata mungkin kira-kira 70%. Kita akan tunggu hingga 5 petang dan mungkin kita boleh mendapat lebih banyak,” katanya di SK Ulu Melaka di Langkawi.

Beliau turut melahirkan keyakinan mempunyai peluang cerah memenangi kerusi Langkawi.

“Berapa peratus undi yang akan saya menangi, saya tak boleh cakap.”

Dr Mahathir bertanding untuk kerusi Parlimen Langkawi selepas bersara daripada politik 15 tahun lalu.

Bekas perdana menteri itu yakin pencapaian baik PH dalam pilihan raya kali ini, mengatakan beliau mempunyai “a good feeling” mengenai peluang pembangkang. – 9 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen