Wanita warga emas diselamatkan 5 hari lepas gempa bumi Jepun


Antara rumah penduduk di daerah Jike di bandar Suzu, Ishikawa yang runtuh. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2024.

SEORANG wanita berusia 90-an berjaya diselamatkan lima hari selepas gempa bumi kuat melanda Jepun yang mengorbankan sekurang-kurangnya 126 nyawa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wanita itu ditemukan di bawah runtuhan di bandar pantai barat Suzu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Kyodo pada Ahad.

Jumlah kematian meningkat kepada 126 dengan lebih daripada 200 orang masih hilang, lapor Kyodo memetik pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang ditempatkan di 370 pusat perlindungan di Ishikawa. – Bernama, 7 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen