SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menafikan terdapat isu tular kertas undi tidak dicop yang didakwa berlaku di sebuah pusat mengundi.
Pengerusinya, Mohd Hashim Abdullah berkata pengundi diminta tidak terpedaya dengan mesej tular yang mendakwa agensi itu melakukan penipuan berkaitan kertas undi tidak dicop.
“Hasil semakan mendapati ia tidak berlaku sepertimana yang ditularkan.
Bagaimanapun, SPR berkata jika ada berlaku kesilapan itu, ia kes terpencil dan pengundi diminta tidak bimbang kerana jika ketua tempat mengundi berpuas hati kertas undi dikeluarkan secara sah dan ia hanya kesilapan petugas dalam salurannya.
“Maka, ketua tempat mengundi berkenaan tidak boleh menolak mana-mana kertas undi dalam keadaan ia telah dikeluarkan secara sah,” katanya.
Beliau berkata isu itu cubaan untuk menimbulkan situasi panik dan curiga di kalangan pengundi terhadap SPR.
Jumlah pengundi pada PRU kali ini kira-kira 14.9 juta pengundi. Setakat jam 1 petang, 55% keluar mengundi dan dijangka 85% akan keluar mengundi. – 9 Mei, 2018.
Komen