Hampir 50% keluar mengundi, kata SPR


The Malaysian Insight

SEHINGGA jam 12.00 tengah hari, 47% daripada jumlah pengundi berdaftar – kira-kira 7 juta orang – keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sejumlah 14.9 juta rakyat Malaysia mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya ini, dengan 14.4 juta dijangka akan mengundi pada hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, 58.9% daripada 13.2 juta pengundi berjaya mengundi pada tengah hari.

Walaupun Jabatan Meteorological meramalkan hujan di beberapa negeri, langit cerah dan lewat pagi, matahari terik mula dirasai para pengundi yang mendakwa sudah menunggu beberapa jam.

Loo Voon Chor, pengundi berusia 78 tahun di Petaling Jaya, rebah dan meninggal dunia ketika menunggu giliran mengundi di Sekolah Menengah (P) Taman Petaling.

Loo, yang diisytiharkan meninggal dunia oleh unit perubatan kecemasan yang bergegas ke tempat kejadian pada pukul 9.45 pagi, dipercayai mengalami masalah diabetes, paru-paru dan masalah jantung.

Lain-lain kontroversi dan masalah yang dilaporkan pada separuh pertama hari ini termasuk:

– Telefon bimbit salon dan aktivis Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dibanjiri panggilan spam dan mesej daripada nombor antarabangsa yang tidak diketahui. Laman sesawang parti politik pembangkang juga disekat.

– Beberapa aduan kepada polis dan SPR dibuat oleh pengundi yang mendakwa dihalang mengundi kerana pakaian mereka walaupun SPR mengeluarkan kenyataan tiada kod berpakaian dikenakan. Dalam video yang didakwa diambil di Pulau Pinang, seorang lelaki tua dilihat diminta pulang menukar seluar pendek dan seliparnya sebelum dibenarkan masuk mengundi.

– Barisan yang panjang bermula di luar stesen pengundian kebanyakan beberapa jam selepas pusat dibuka pada 8.00 pagi, menyebabkan kebimbangan ramai tidak sempat mengundi.

Pengundian akan ditutup pada 5.00 petang hari ini, dengan keputusan pilihan raya dijangka seawal jam 9.00 malam, kata SPR. – 9 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen