DI luar pusat mengundi di Bagan, Pulau Pinang, seorang warga emas dihalang memasuki kawasan pusat mengundi kerana berseluar pendek.
Dalam satu klip video yang dkongsikan di media sosial, seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dirakam memberitahu lelaki terbabit terdapat peraturan kod pakaian baharu dan memintanya pulang untuk menukar seluar.
“Sebelum ini berseluar pendek dibenarkan tapi apa kami boleh buat sekarang? Mereka sudah tak benarkan.
“Pakcik, kamu balik dan tukar, dan kemudian kamu bokeh terus masuk,” katanya memberitahu warga emas berkenaan.
Video berdurasi 16 saat itu diercayai dirakam di SMK Kampung Kastam di Parlimen Bagan dikongsikan di media sosial oleh pembantu penyandang kerusi Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Sebelum ini, terdapat mesej yang tersebar di media sosial yang menggesa pengundi untuk mengenakan pakaian pejabat kerajaan pada hari mengundi. SPR kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikannya.
Menurut Akta Kesalahan Pilihanraya, pengundi boleh dihalang memasuki pusat mengundi sekiranya memakai pakaian atau membawa kelengkapan yang memaparkan nama calon, simbol parti politik atau logo.
Selain kekeliruan berkaitan pemakaian, seorang pengundi di Air Putih yang hanya mahu dikenali sebagai Goh, tidak dibenarkan mengundi oleh pegawai SPR kerana rekod menunjukkan dia sudah mengundi.
“Saya pergi ke Sekolah Menengah Cina Kong Min pada jam 8.30 pagi. Pegawai SPR menyemak rekod saya dan memebritahu saya tidak boleh mengundi kerana sudah pun mengundi,” katanya yang berusia 41 tahun.
“Jari saya tiada dakwat kekal, tetapi pegawai berkenaan tetap enggan membenarkan saya mengundi,” katanya kepada oemberita selepas mengadu oerkara otu kepada ketua menteri sementara Pulau Pinang Kim Guan Eng yang melakukan rondaan di kawasan itu.
Goh, yang merupakan peniaga kedai runcit berkata, beliau mengesyaki seseroang mungkin menggunakan butiran pada MyKadnya, dan menambah beliau membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Lim berkata ia sama seperti kes dua MyKad yang memiliki nama yang sama, dan menambah SPR gagal menjaga hak pengundi yang layak.
“Encik Goh telah dinafikan haknya untuk mengundi. Kami akan failkan aduan dan berharap SPR menyiasat insiden ini,” katanya.
Setakat jam 10 pagi, 22% pengundi Pulau Pinang - tidak termasuk pengundi awal dan undi pos - telah mengundi. – 9 Mei, 2018.
Komen