SEORANG lelaki warga emas berusia 78 tahun tiba-tiba rebah ketika menunggu giliran untuk mengundi di Petaling Jaya pagi ini.
Bagaimanapun, Loo Voon Chor yang ditemani isteri dan anaknya diisytiharkan meninggal dunia oleh unit perubatan kecemasan yang bergegas ke tempat kejadian pada jam 9.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu.
Katanya, mendiang sedang menunggu gilirannya di saluran Sekolah Menengah (P) Taman Petaling apabila tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.
Keluarganya memberitahu polis Loo mempunyai masalah diabetes, paru-paru dan jantung.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan dibawa ke bilik mayat terdekat untuk bedah siasat.
Loo adalah seorang daripada hampir 15 juta pengundi berdaftar Malaysia yang berpeluang melaksanakan hak mereka untuk mengundi hari ini bagi menentukan kerajaan pemerintah yang akan datang.
Sehingga jam 10 pagi, 25% pengundi berdaftar keluar mengundi. – 9 Mei, 2018.
Komen