CALON harapan dan paling muda Parlimen Batu bagi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), P. Prabakaran telah membuang undi di pusat mengundi pagi ini.
Beliau yang bertanding atas tiket bebas dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau amat teruja dan gembira kerana sudah mengundi.
“Ibu bapa saya akan datang kemudian untuk beri sokongan kepada saya,” katanya sambil menunjukkan kesan dakwat kekal di jarinya.
Kepimpinan PH menyokong Prabakaran selepas penyandang dan naib kerusi PKR Tian Chua hilang kelayakan untuk bertanding.
Prabakaran akan berdepan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Dominic Lau Chai Hoe, calon PAS Azhar Yahya dan seorang lagi calon bebas V.M. Panjamothy.
Batu mempunyai 76,328 pengundi terdiri daripada 42.52% pengundi Melayu diikuti Cina (38.28%) dan India (17.46%). – 9 Mei, 2018.
Komen