Tunggu PRU16 kalau mahu tukar kerajaan, kata Zahid kepada pembangkang


Ravin Palanisamy

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi minta mereka yang terbabit dalam “Langkah Dubai” menunggu hingga PRU16 jika mahu menukar kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2024.

TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang terbabit dalam pakatan dipanggil “Langkah Dubai” diminta menunggu hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika mahu menukar kerajaan.

Beliau minta mereka menghormati mandat diberikan rakyat kepada kerajaan perpaduan pada masa ini untuk mentadbir negara.

“Tunggulah sehingga PRU 16 kalau mereka (yang terbbait dalam Langkah Dubai) mahu tukar kerajaan,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Desas-desus mengenai “Langkah Dubai” yang bermatlamat menggulingkan kerajaan, bermula minggu lalu susulan dakwaan rundingan antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu ketika lawatan ke UAE.

Rundingan itu dikatakan fokus kepada mengenal pasti “backbencher” yang boleh bertukar sokongan kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan baharu. – 2 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen