Hujan lebat dijangka landa kebanyakan negeri esok


The Malaysian Insight

HUJAN lebat diramalkan berlaku di beberapa negeri pada pagi hari pengundian esok, sementara kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan dilanda ribut petir di sebelah petang, kata Jabatan Meteorologi.

Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor akan mengalami hujan pada awal pagi Rabu, manakala MET meramalkan cuaca cerah di ibu negara Kuala Lumpur serta negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Malaysia Timur, hujan dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah seperti Labuan, Tawau dan Sandakan.

Bagi Sarawak, cuaca hujan diramal turun di Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala Kuching, Samarahan dan Miri dijangka cerah.

Kebanyakan negeri, termasuk Borneo, akan mengalami ribut petir pada lewat malam, semasa keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan mula diumumkan.

Peratus keluar mengundi pada PRU13 adalah 84.84%, bersamaan 11 juta pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi meningkat kepada  jumlah 85% kali ini, manakala penganalisis menyatakan bilangan sebenar akan lebih rendah disebabkan oleh hari pengundian pada pertengahan minggu. – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen