Johor paling banyak kerusi sengit


The Malaysian Insight

SELEPAS diramalkan bakal jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH), Johor dan Kedah juga diramalkan paling banyak kerusi Parlimen yang berlaku pertempuran sengit antara Barisan Nasional (BN) dan PH.

23 dari 25 kerusi itu menjadi rebutan antara kedua-dua gabungan tersebut manakala dua lagi iaitu Kota Bharu dan Machang menjadi rebutan antara PH dengan PAS.

Menurut kajian yang dibuat oleh Ilham Center, terdapat 25 kerusi Parlimen yang berlaku pertempuran sengit dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Daripada 25 kerusi itu, kerusi yang paling banyak rebutan adalah Johor iaitu Ayer Hitam, Pulai, Tanjong Piai dan Johor Bharu.

Bagi Penasihat DAP Lim Kit Siang, kerusi Ayer Hitam bakal menjadi penentu sama ada PH akan mampu ke Putrajaya atau tidak.

Jika mereka berjaya memenangi kerusi itu, bermakna PH bakal membentuk kerajaan di Putrajaya dalam pilihan raya kali ini.

Calon PH dari DAP, Liew Chin Tong akan berdepan Presiden MCA Wee Ka Siong dan calon PAS Mardi Marwan di kerusi parlimen Ayer Keroh.

Di Pulai, Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berdepan saingan timbalan menteri dalam negeri sementara Nur Jazlan Mohamad, calon PAS Mohd Mazri Yahya dan calon bebas Yap Kengb Tak.

Kedah yang diramalkan bakal jatuh ke tangan PH juga mempunyai tiga kerusi sengit iaitu Kubang Pasu, Merbok dan Padang Serai.

Kelantan mempunyai tiga kerusi sengit iaitu Kota Bharu, Machang dan Kuala Krai.

Perak juga mempunyai tiga kerusi sengit iaitu Kuala Kangsar, Tambun dan Padang Rengas.

Di Melaka terdapat dua kerusi sengit iaitu Alor Gajah dan Tangga Batu, begitu juga Wilayah Persekutuan iaitu Titiwangsa dan Lembah Pantai manakala di Selangor adalah Sepang dan Sungai Besar.

Di Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang masing-masing terdapat satu kerusi sengit iaitu Cameron Highland, Dungun dan Balik Pulau. – 7 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen