Taikun Hong Kong, bekas presiden Petronas akan bantu Pakatan pulih ekonomi


The Malaysian Insight

BEKAS presiden Petronas dan seorang ahli perniagaan yang berjaya di Hong Kong telah bersetuju untuk membantu Pakatan Harapan (PH) melakukan pelan pembaharuan ekonomi sekiranya ia berjaya mengambil alih Putrajaya, kata pemimpinnya hari ini.

Dalam ikrar pembaharuan ekonomi 100 hari pertama yang dikeluarkan hari ini, PH berkata “rakyat Malaysia yang dihormati, terkemuka dan patriotik akan dijemput untuk menyumbang dalam melaksanakan pembaharuan ini”.

Beberapa individu telah menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam usaha ini, termasuk ketua industri berpengalaman, bekas presiden Petronas, ahli perniagaan berjaya di Hong Kong, bekas-bekas pegawai kanan kerajaan yang dihormati dan ahli-ahli ekonomi.

“Mereka akan memberi panduan untuk formulasi dan pelaksanaan pelan pembaharuan,” menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad, Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan-timbalan Presiden Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

PH telah menjanjikan pembaharuan dasar-dasar utama kepada kewangan dan belanjawan kerajaan Persekutuan, perakaunan akruan dan pengurusan aset-liabiliti dan obligasi hutang kerajaan yang belum dijelaskan, termasuk hutang jaminan kerajaan, terutama kewajiban asing.

Pembaharuan lain termasuk tender terbuka di seluruh negara, rangka kerja pengurusan aset-liabiliti yang akan mengenal pasti ketidakpadanan dan risiko dan perjanjian yang lebih baik untuk Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Pakatan Harapan berhati-hati terhadap keadaan fiskal Kerajaan Persekutuan,” menurut kenyataan tersebut sambil menambah pembaharuan berikutnya akan dilaksanakan secara teratur, telus dan sistematik untuk meningkatkan ekuiti fiskal, ketelusan dan akauntabiliti, dan menyokong pelaburan produktif yang cepat dan pertumbuhan ekonomi.

Sekiranya berjaya memgambil alih Putrajaya, PH akan berusaha memperbaiki iklim pelaburan, mengurangkan kos hidup dan menjalankan perniagaan, meningkatkan daya saing negara dan menggalakkan kemakmuran ekonomi yang lebih besar.

“Malaysia diberkati dengan tenaga kerja yang berbakat, infrastruktur yang baik dan sumber yang banyak,” kenyataan itu menyebut.

“Kelakuan dasar fiskal yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 2009, dan hakisan kualiti institusi telah ditetapkan semula. Kami akan menyediakan pelan pembaharuan yang komprehensif pada akhir 100 hari pertama yang akan membawa kita kembali ke arah kemakmuran yang mampan untuk semua rakyat Malaysia.” – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen