AIRASIA menafikan dakwaan sengaja batalkan penerbangan untuk halang rakyat Malaysia balik mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 esok.
Hanya satu penerbangan dibatalkan - QZ220, penerbangan ke Pulau Pinang dari Jakarta hari ini - berikutan masalah teknikal, kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.
Ia menafikan terdapat tekanan politik dan penggantian pesawat akan dibuat bagi rakyat Malaysia yang mahu pulang mengundi.
“AirAsia mengesahkan penerbangan QZ220 penerbangan ke Pulau Pinang, Malaysia ke Jakarta, Indonesia pada 8 Mei 2018, dibatalkan berikutan masalah teknikal,” kata syarikat penerbangan itu.
“Kesemua penumpang terjejas akan diberikan kemudahan pesawat lain dan dijangka tiba kemudian hari ini.”
Tiada pesawat lain dilaporkan batal setakat ini.
Syarikat penerbangan itu diminta memberi penjelasan selepas posting di media sosial menunjukkan notifikasi pembatalan pesawat dari AirAsia, yang turut menjengkelkan pengguna lain, berikutan sokongan ketua AirAsia Tony Fernandes kepada Barisan Nasional pada PRU14.
“AirAsia kamu batalkan penerbangan terakhir untuk halang rakyat balik mengundi? Taktik politik!” kata Jack Yong Hon Wai menerusi Twitter.
Dua minggu lalu, Tony menerima pujian kerana tindakannya menetapkan harga tiket bagi membolehkan rakyat Malaysia balik dan mengundi.
Syarikat penerbangan itu turut menjanjikan pesawat lebih untuk memudahkan rakyat Malaysia terbang ke negara ini dari negeri ke negeri.
Namun pujian itu berubah semalam selepas Tony bertindak memuat naik video berterima kasih kepada BN kerana mendahulukan rakyat dan selepas gambar pesawat yang membawa warna BN dan slogan pilihan raya Hebatkan Negaraku.
Tony dan perdana menteri sementara Najib Razak turut bergambar bersama.
Penguna sosial media selepas iu mengkritik beliau kerana mencampur adukkan perniagaan dengan politik. – 8 Mei, 2018.
Komen