Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion tahun ini, kata Abang Johari


SARAWAK merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Abang Johari Openg.

Premier Sarawak itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu lepas.

“Pendapatan kita mencecah angka RM13.1 bilion kerana kita mendapat dividen pada Disember dan ini adalah satu rekod dari segi pendapatan kita.

“Memandangkan kerajaan negeri meneruskan langkah untuk menjana lebih banyak hasil dan pengenalan pelbagai undang-undang bagi tujuan itu baru-baru ini, terdapat kemungkinan pendapatan kita akan terus menyaksikan peningkatan.

“Diharapkan pada 2024 dan 2025 kita akan menyaksikan peningkatan (dalam pendapatan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas’s Cathedral di Kuching, hari ini.

Pada 2 Februari lepas, Abang Johari berkata Sarawak merekodkan pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi 2022. – Bernama, 25 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen