Ketua Bahagian Warisan maut kemalangan


The Malaysian Insight

KETUA Warisan Bahagian Libaran maut dalam kemalangan tragis di Sandakan hari ini.

Aris Malayu, 56 dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika minum di sebuah restoran di Bandar Utama IJM, Sandakan pagi tadi.

Ketika kejadian, beliau sedang duduk bersendirian menunggu rakannya untuk memulakan kempen hari terakhir Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) untuk parlimen Libaran.

Menurut jurucakap polis Sandakan, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 61 tahun tersebut hilang kawalan ketika mahu meletakkan kenderaannya di kawasan parkir berhadapan restoran tersebut.

Polis turut mengambil sampel darah daripada pemandu itu walaupun tidak disyaki mabuk.

Sementara itu, Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal ketika ditemui di Semporna meluahkan rasa sedih atas kejadian tersebut dan menasihatkan penggerak dan penyokong parti supaya terus bekerja dan jangan membuat andaian.

“Polis akan melakukan siasatan dan biarlah mereka menjalankan tugas,“katanya kepada media di Semporna. – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen