Tanjong Karang masih sukar digugat Pakatan 


The Malaysian Insight

KERUSI Parlimen Tanjong Karang kekal menjadi kubu kuat Barisan Nasional yang sukar ditembusi Pakatan Harapan berikutan kawasan majoriti Melayu itu masih setia dengan pakatan pemerintah walaupun berdepan isu kos sara hidup.

Penyandangnya, menteri persekutuan sementara Noh Omar mengekalkan kerusi itu sejak 1995 dan antara calon popular dalam kalangan penduduk tempatan termasuk golongan muda.

Dengan akses kepada sumber kerajaan, beliau dapat mengimbangi keraguan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barang dengan bergantung kepada projek kerajaan.

Empat hari lalu, Noh yang juga pengerusi Umno Selangor, melancarkan projek perumahan rakyat di Ujung Permatang dalam kawasannya, membabitkan 250 unit pada kos RM48.75 juta. Setiap uni t dijual pada harga RM35,000.

Pengundi mengakui mereka bimbang dengan kos sara hidup tetapi berkata mereka “dilindungi” oleh bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh Noh, sebagai ahli Parlimen mereka.

“Tan Sri (Noh Omar) sering membantu saya. Beliau amat baik kepada rakyat,” kata Suradi Ahmad, 58 yang merupakan penanam padi sejak 20 tahun lalu.

Abdul Fatah Shahadan, 36 merasakan Noh telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, walaupun di kawasan yang tidak menyokongnya pada pilihan raya umum lalu.

“Baru-baru ini, penduduk menerima sebuah masjid baharu. Itu yang paling mereka berterima kasih,” katanya yang merupakan pemilik restoran.

“Saya rasa situasi di Tnjong Karang amat memuaskan kerana apa sahaja yang diperlukan rakyat, akan dipenuhi seperti bantuan yang diberikan kepada nelayan. Terdapat juga projek perumahan rakyat (PPR),” kata seorang ahli perniagaan Zaidah Wahab, 44.

Tanjong Karang merupakan salah satu daripada kerusi Parlimen di utara Selangor yang membentuk beberapa kerusi yang dipegang oleh BN dalam egeri yang ditadbir oleh pembangkang persekutuan. Empat agi kerusi di bawah BN adalah Sungai Besar, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Lima kerusi Parlimen di negeri ini mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Setiap kerusi Parlimen memiliki antara 60% hingga 85% pengundi Melayu.

PH berharap untuk menembusi kubu kuat ini dan pada 1 Mei, kajian yang dibuat oleh Merdeka Center menunjukkan sokongan Melayu terhadap pakatan pembangkang meningkat sehingga 27.8% berbanding 20% pada pertengahan April.

Sementara itu, sokongan terhadap BN pula menjunam dari 51.2% daripada 53%.

Namun pensyarah pengajian Sains Politik Dr Tunku Mohar Tunku Mokhtar berkata, ia tidak cukup untuk mencetuskan gelombang besar yag diperlukan PH untuk menawan Putrajaya.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, ini kerana demografik penduduk luar bandar menyebabkan kawasan seperti Tanjong Karang menjadi kubu kuat.

Demografik luar bandar dalam kawasan kurang populasi - itu yang sentiasa menjadi kriteria untuk kerusi BN menang.

“Di kawasan ini menteri boleh cakap BN akan membangunkannya dan pengundi akan percaya kepada janji itu,” kata Tunku Mokhtar kepada Malaysia Decides.

Noh yang bertanding buat kali keenam akan berdepan calon PAS, Nor Azlan Ahmad dan calon Bersatu Zulkaferi Hanapi yang mewakili PH. Pada PRU13, Noh menang dengan 4,394 undi. – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen