Ingat ketidakpuasan hati anda bila mengundi, kata Nurul Izzah 


The Malaysian Insight

DALAM sidang media terakhirnya sebelum hari mengundi esok untuk Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar menggesa pengundi untuk mengingati segala rasa tidak puas hati ketika membuang undi.

“Pengundi perlu berani menggunakan undi mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka,” katanya yang juga calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Ingatlah yang kamu terpaksa hadapi GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kenaikan kos sara hidup, kekurangan peluang pekerjaan dengan gaji yang baik kepada belia, jurang yang besar antara yang kaya dan miskin, kemarahan berpunca daripada skandal seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan Felda, kebanjiran warga asing dan penjualan hartanah kepada warga asing.

“Tolong keluar dan mengundi. Pemilih akan menjadi penyelamat kita,” katanya di Yayasan Aman di Penanti hari ini.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR turut mengkritik Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) berhubung kegagalan membersihkan daftar pemilih, mengekalkan jumlah pengundi dengan maksimum 7,000 pengundi di satu-satu saluran dan aduan terbaharu kekurangan pas untuk ejen pengiraan dan ejen mengundi di Johor.

Beliau dan rakannya dalam PKR Dr Norlela dan Dr Afif Bahardin, yang mempertahankan kerusi Penanti dan Seberang Jaya, turut menggesa pengundi di Permatang Pauh untuk memberikan satu penggal lagi kepada mereka.

Norlela yang bertanding bagi penggal keduanya berkata, calon PH adalah pejuang yang akan membangkitkan isu untuk kepentingan rakyat.

“Kami bukan ‘yes man’. Kamu pernah lihat saya di sidang dewan, dengar saya bangkitkan isu dengan kerajaan negeri.

“Di lapangan, saya berusaha untuk mendaoatkan projek kepada perkampungan di Penanti, menganjurkan program memperkasakan komuniti tempatan dan mengedarkan bantuan bencana.

“Ini semua bukan retorik. Kami buat apa yang kami katakan. Sekiranya kami memang kerajaan negeri dan persekutuan, kami akan jalankan tugas kami,” katanya.

Norlela yang merupakan salah seorang daripada penyokong kerajaan negeri yang lantang di sidang Dewan Undangan Negeri, turut menggesa pengundi agar tidak takut untuk menukar kerajaan.

“Pihak satu lagi tidak tahu bagaimana rasanya menjadi pembangkang dan apa itu check and balance. Kita perlu beri mereka rasa,” tambahnya.

Selain tiga pemimpin PKR, calon Amanah Faiz Fadzil turut bertanding untuk memenangi kerusi DUN Permatang Pasir di Permatang Pauh, yang disandang oleh PAS. – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen