DAP terus jadi sasaran akhbar Melayu menjelang hari mengundi


The Malaysian Insight

DENGAN kurang daripada 24 jam menjelang hari mengundi, akhbar berbahasa Melayu yang dikawal oleh kerajaan menjadikan parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP sebagai sasaran.

Mereka memberi amaran parti yang didominasi kaum Cina itu adalah ancaman utama sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Utusan Malaysia dan Berita Harian menggunakan ucapan Ketua DAP Perak Nga Kor Ming yang tular, mengutuk pemimpin kerana membuat kenyataan kasar mengenai Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad semasa berkempen.

Tajuk-tajuk seperti “Tun M bukan pemimpin Pakatan”, “Melayu dalam DAP hanya perhiasan bak pasu bunga” dan “Dr M tidak lagi pedulikan orang Melayu” disiarkan di halaman depan mereka untuk mengingatkan pembaca Melayu tentang bahaya mengundi PH.

Kedua-dua akhbar itu juga menekankan ucapan perdana menteri sementara Najib Razak daripada wawancara TV3 malam tadi yang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah pemimpin paling berkuasa dalam PH dan hanya penyokong DAP yang menghadiri ceramah PH.

“Lim Kit Siang menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan undi Melayu dan beliau (Dr Mahathir) digunakan untuk merealisasikan agenda politik DAP,” Berita Harian memaparkan petikan kata-kata Najib di halaman depannya.

Najib semalam memperlekehkan kemungkinan tsunami Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berkata mereka yang hadir di perhimpunan PH bukan Melayu.

“Kita tahu siapa yang paling kuat (parti) dalam pembangkang. Parti terkuat adalah, tentu saja, DAP, yang mempunyai kerusi paling banyak,” kata Najib dalam laman sesawang Utusan.

Akhbar itu juga menerbitkan grafik pemimpin politik gabungan di halaman kedua, meletakkan Kit Siang sebagai pemimpin PH di samping Pengerusi PAS Abdul Hadi Awang dan Najib daripada BN.

Umno secara konsisten melabel DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu, memainkan ketakutan orang Melayu diperintah oleh orang Cina.

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata satu kajian tahun lepas mendapati hak Melayu masih mendahului senarai keprihatinan penting seorang pengundi Melayu.

Undian Melayu-Islam di luar bandar dianggap sebagai blok undi utama dalam PRU14 dan kunci kepada cengkaman BN selama 60 tahun.

PH agresif berkempen di kalangan penduduk luar luar bandar untuk mencuba peralihan 5%, yang dipercayai akan membolehkannya mengambil alih Putrajaya.

PH menamakan bekas presiden Umno Dr Mahathir sebagai perdana menteri untuk mengalih sokongan umat Islam Melayu. – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen