8 daripada 10 pengundi muda kata SPR tidak adil dan bebas, kata tinjauan


The Malaysian Insight

LAPAN daripada 10 warga Malaysia berfikir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan bebas, menurut penemuan awal kaji selidik oleh Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS).

Daripada 269 responden berumur antara 21-30 tahun, 84.75% juga percaya polis tidak bebas daripada gangguan politik dan 92.94% tidak berpuas hati dengan bagaimana negara diperintah, dengan hanya 7.06% mengatakan mereka gembira.

“Kajian Kesedaran dan Keprihatinan Politik di kalangan Remaja” dilakukan antara 1 April hingga 26 April, bertujuan mengukur kesedaran politik segmen termuda pengundi Malaysia. Penemuan awal dikeluarkan pada 5 Mei.

Pertumbuhan kesedaran ditunjukkan dengan penemuan yang 64.71% daripada mereka yang tidak mengundi semasa PRU13 (iaitu 45.33% daripada jumlah responden), akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“(Daripada responden yang tidak mengundi pada PRU13) 23.53% (kata mereka tidak) akan mengundi dan 11.76% belum membuat keputusan,” menurut siaran akhbar CPPS berhubung tinjauan itu.

Sementara itu, lima isu utama paling penting kepada responden adalah menghapuskan rasuah, mengurangkan kos hidup, meningkatkan kualiti pendidikan, meningkatkan keselamatan dan pencegahan jenayah serta akses lebih baik kepada penjagaan perubatan baik dan berpatutan.

“Sebanyak 94.42% responden melihat tahap rasuah semasa di Malaysia sebagai tinggi dan sangat tinggi dan 75.84% responden melihat tahap jenayah semasa di Malaysia sebagai tinggi dan sangat tinggi,” katanya.

Sebanyak 55.39% juga tidak bersetuju Malaysia mempunyai sistem undang-undang yang adil.

“Ketepikan sama ada dakwaan benar atau salah, 91.08% responden mengakui isu seperti 1MDB dan skandal rasuah yang lain membimbangkan mereka,” tambahnya.

Mengenai kesedaran manifesto parti-parti politik, 59.85% responden menyatakan mengetahui rancangan Pakatan Harapan, manakala 42.75% responden menyatakan mereka tahu tentang rancangan BN.

Walaupun mempunyai umur yang layak untuk mengundi, 19.7% responden tidak mendaftar dan 19.33% menyatakan mereka tidak akan mengundi, manakala 7.81% belum membuat sebarang keputusan. – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen