Hujan lebat tidak halang penduduk Pulau Pinang hadiri ceramah Pakatan


The Malaysian Insight

HUJAN tidak melemahkan semangat dan kesungguhan rakyat Pulau Pinang untuk menghadiri ceramah mega Pakatan Harapan (PH) di Padang Kota Lama di George Town malam tadi yang mengetengahkan calon politik seperti Nurul Izzah dan ketua menteri sementara Lim Guan Eng.

Ia seperti pesta ketika penyokong parti melambai bendera yang membawa logo PKR yang mewakili simbol PH sebagaimana dipersetujui.

Para hadiri meniup vuvuzela dengan penuh semangat sebagai tanpa menyokong dan menyetujui apa yang diucapkan penceramah di atas pentas. Tidak hairanlah peniagaan penjual vuvuzela di padang malam tadi begitu laris.

Pelajar Wong Kai Teck, 17, datang ke ceramah untuk menyokong apa yang dipanggilnya gerakan Harapan.

“Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada proses memilih pemimpin yang sesuai,” katanya, walaupun berasa peluang PH memenangi pilihan raya adalah 50% hingga 60% kerana “Barisan Nasional (BN) mempunyai kawalan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)”.

Seorang lagi pelajar, Cheah Wei Zhien, 18, yang berasa yakin apabila melihat ramai orang datang walaupun hujan, berkata terdapat keperluan mengubah kerajaan yang boleh memimpin negara ke tahap lebih tinggi.

Ucapan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mengatakan perubahan kerajaan dijangka berlaku di Putrajaya dismabut baik hadirin dengan bunyi vuvuzela.

Beliau turut melaungkan, “Ini kalilah! Ubah!” dan dijawab “ya” oleh hadirin .

Seorang lagi yang hadir, Malini turut bersemangat dengan kehadiran orang ramai walaupun hujan, tetapi kemudian tertanya-tanya sama ada ia akan diterjemahkan kepada undi untuk PH.

“Adakah sebahagian daripada mereka di sini hanya kerana rasa ingin tahu?” soalnya.

Dia berasa kempen politik pembangkang lebih tersusun kali ini kerana terdapat hanya satu bendera, PKR, berbanding pilihan raya umum lalu di mana terdapat bendera berbeza bagi setiap parti komponen pembangkang, yang dirasakannya mengganggu.

Dia juga gembira dengan hakikat terdapat lebih ramai calon muda dalam PRU14.

Orang ramai memberikan perhatian penuh ketika tiba giliran Nurul Izzah, calon PH untuk Permatang Pauh berucap.

Dia berkata kemenangan untuk PH diperlukan bukan sahaja untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara, tetapi juga bagi memastikan mereka yang salah mengurus ekonomi serta mencemar nama negara dibawa ke muka pengadilan.

“Kita mesti menang untuk menyelamatkan Malaysia dan membetulkan apa yang salah,” katanya.

Teriakan Reformasi beliau disambut orang ramai.

Menjelang malam, orang ramai memenuhi lebih separuh daripada padang yang basah.

Pemandu teksi Selva, 48, yang teruja berada di acara tersebut, berkata dia tidak dapat menjangka siapa akan memenangi pertandingan pilihan raya. Hanya Tuhan yang tahu, katanya. – 8 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen