BEKAS menteri Umno Rais Yatim bertindak meredakan ketakutan di kalangan pengundi Melayu yang mengundi Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan kuasa mereka terhakis.
Kenyataan beliau melalui video di YouTube itu penting kerana beliau diiktiraf sebagai seorang nasionalis Melayu dan seseorang yang memperjuangkan budaya serta bahasa Melayu.
Secara terbuka menyokong PH, Rais mengikuti trend Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14): beberapa bekas pemimpin Umno yang menyokong pembangkang.
Dalam klip video dua minit tersebut, Rais berkata dakwaan pemimpin Umno dan BN yang DAP, satu-satunya parti majoriti kaum Cina dalam pembangkang, akan menentukan dasar dan masa depan negara adalah “pembohongan yang bertujuan untuk menakutkan, supaya orang Melayu jangan meletakkan kepercayaan kepada PH”.
Rais menggesa orang Melayu menolak dakwaan yang DAP memusnahkan hak orang Melayu, tetapi sebaliknya mempertimbangkan hakikat “kesilapan besar di bawah kepimpinan Umno dan BN” akan membawa kerosakan lebih besar kepada negara dan bangsa mereka.
“Masa sudah tiba, orang Melayu perlu berfikir sekarang, orang Melayu sekarang tidak sama dengan orang daripada 30 atau 20 tahun yang lalu. Mereka kini dapat melihat bagaimana rasuah sedang berlaku, dan bagaimana kita perlu mengubah semua ini,” katanya.
“Kita dapat melihat semua bandar utama di negara ini, bersama-sama kampung baru dan lama, sedang menuju ke arah yang sama untuk mengubah kerajaan, mengubah hala tuju dan masa depan negara dan bangsa kita.”
Rais kini menyertai bekas ketua Wanita Umno Rafidah Aziz dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin menentang bekas parti mereka.
Susulan itu, ketiga ahli politik veteran itu dipecat daripada parti. – 8 Mei, 2018.
Komen