Kerajaan teliti cadangan tubuh Mahkamah Komersial Antarabangsa, kata Azalina


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata inisiatif itu bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama di rantau ini bagi penyelesaian pertikaian berkaitan undang-undang komersial. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Disember, 2023.

KERAJAAN sedang meneliti cadangan penubuhan Mahkamah Komersial Antarabangsa di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Menerusi catatan di Facebook, Azalina berkata cadangan itu dibincang dalam perjumpaan beliau dengan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan pihak mahkamah di Istana Kehakiman hari ini. 

Beliau berkata inisiatif itu bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama di rantau ini bagi penyelesaian pertikaian berkaitan undang-undang komersial.

“… dan juga mempertingkat keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia melalui model yang bersesuaian,” katanya. – Bernama, 20 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen