MASIH berbaki 36 jam lagi sebelum rakyat Malaysia membuang undi, dan ada antara kita yang telah memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab.
Gambar pengundi yang bekerja di negara jiran Singapura dan Thailand kini sedang rancak beredar di media sosial, termasuk gambar yang menunjukkan konvoi penyokong PKR yang pulang ke Kelantan dari negara pulau itu.
“Selamat perjalanan pergi / balik,” kata seorang pengguna Facebook, Ruhaida Yahaya Moga.
Satu inisiatif yang dipromosikan di media sosial adalah pulangmengundi.com, yang menawarkan bantuan melalui carpooling atau subsidi tunai.
Gerakan sukarelawan yang dinamakan Jom Balik Undi menawarkan bantuan kepada beribu-ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk pulang ke mengundi.
Pemandu dan penumpang mengemukakan rancangan perjalanan mereka dan butiran seperti disediakan melalui WhatsApp selepas kedua-duanya dipadankan. Walaubagaimanapun, bantuan kewangan tidak meliputi perjalanan udara.
Sesetengah pengguna Facebook merungut bahawa walaupun hari Rabu diumumkan sebagai hari cuti umum, hari itu masih hari kerja di negara-negara di luar Malaysia.
“Hari pengundian pada hari Rabu adalah halangan yang besar. Banyak pengundi dari luar negeri masih tidak komited untuk kembali mengundi kerana kerumitan perjalanan dan sukar untuk mengambil cuti tambahan,” kata pengguna Facebook Cs Lim.
Pelakon dan personaliti radio Patrick Teoh, yang bekerja di Singapura, juga mengeluarkan rakaman video hari ini yang mengatakan dia akan pulang untuk mengundi.
Teoh berkata berputus asa terhadap sistem politik yang “entah bagaimana berjaya memperkotak-katikkan kami selama 60 tahun yang lalu.”
“Tetapi dengan PRU14 kali ini, akhirnya kita boleh membuat perubahan itu. Kita akhirnya boleh keluar dari pemikiran bahawa orang lain akan melakukan perkara untuk kita dan mula melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri.”
“Ada orang antara kamu yang akan berkata untuk apa? Kamu hanya mengundi seorang syaitan untuk (mengantikan) yang lain. Mungkin, jika kita dapat membuktikan bahawa kita boleh mengundi syaitan lain, sekurang-kurangnya boleh membuktikan kepada mereka dan kepada kita bahawa kita ada kuasa untuk membuat perubahan. ” – 7 Mei, 2018.
Komen