INVOKE Centre for Policy Initiatives (Invoke) menjangkakan Pakatan Harapan (PH) boleh menawan Putrajaya dengan memenangi 111 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia.
Pengasas Invoke Rafizi Ramli berkata, PH juga boleh mendapat 10 hingga 15 kerusi Parlimen di negeri Borneo bagi memberikan mereka kemenangan selesa.
“PH akan mendapatkan majoriti selesa kerana sekutu mereka di Sabah dijangkakan boleh mendapat 10 hingga 15 kerusi Parlimen.
“PH akan mendapatkan majoriti selesa,” katanya ketika membentangkan tinjauan terbaru Invoke di Kuala Lumpur hari ini.
Naib presiden PKR itu menjangkakan PAS akan kehilangan semua kerusi termasuk di negeri Kelantan dan Terengganu.
Sebaliknya Kelantan yang dipimpin PAS akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) selain mengekalkan kuasa Pahang, Perlis dan Terengganu.
Negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia akan jatuh ke tangan PH, kata Rafizi.
“Pertarungan sengit. Tiada Parlimen tergantung tetapi persaingan sengit,” katanya.
Kajian itu dilakukan terhadap 11,000 pengundi dengan menghubunginya mereka di seluruh negara dalam tempoh 17 bulan.
Rafizi menjangkakan PH akan menubuhkan kerajaan dengan 111 kerusi Parlimen dan BN hanya memenangi 54 kerusi.
Di peringkat negeri, Invoke menjangkakan PH akan memenangi 253 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding BN yang hanya mendapat 192 kerusi. – 7 Mei, 2018.
Komen